Penghijrahan dari India ke Tanah Malaya

Ianya selalu menjadi suatu isu sensitif bagi umat beragama Hindu apabila sering di persalahkan kerana disalah tafsir oleh umat yang bukan Hindu mengenai kepercayaan dan adat istiadat penganut Agama Hindu yang jelas menunjukkan pendirian Hinduphobia secara terang-terangan. Perlembagaan Malaysia jelas bahawa;

Perkara 11(1):
Memberi hak kepada setiap individu untuk menganuti, mengamalkan, dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya.

Oleh itu, disini, elemen kebencian, memerli simbol agama Hindu, menggunakan perkataan tanpa mengira sensitiviti penganut agama Hindu adalah tidak wajar dan tidak patut digalakkan oleh mana-mana pihak yang tidak mendalami agama Hindu atau tidak mempelajarinya dari guru yang berkaliber serta mempunyai kepakaran dalam agama Hindu. Ianya logik seperti mana, seorang Ustaz dijadikan pedoman atau pegangan untuk menjelaskan sesuatu perkara dari perspektif agama Islam, seorang Gurudeva, Guruji, Swamiji dijadikan sebagai seorang yang pakar untuk merujuk sekiranya ada kemusyikilan yang wujud yang berkaitan dengan Agama Hindu dalam kalangan penganut Agama Hindu.

Semenjak sebahagian besar kaum india dibawa masuk ke Tanah Malaya pada abad ke 19 semasa Zaman Pemerintahan British untuk bekerja di sektor perladangan getah, kelapa dan pengangkutan, aspek keagamaan dianuti adalah dari segi kepercayaan kepada Tuhan berupa Dewa dan Dewi yang menjadi dorongan keturunan iaitu Kula Dewi atau Kula Deivam yang berupaya melindungi dan membimbing sesebuah keluarga dari semua aspek mahupun dari segi keselamatan, kewangan, kesihatan, keturunan dan segalanya. 

Apabila kaum India dari negara India berhijrah ke Tanah Malaya pada ketika itu, kesusahan untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti, sumber pendapatan dan sebagainya memberikan cabaran dan impak yang besar kepada mereka pada ketika itu. Disamping itu, kepentingan untuk mendalami aspek keagamaan oleh golongan majoriti tidak begitu ketara kerana faktor geografi. Sebagaimana pepatah melayu mengatakan bahawa 'Masuk Ke Kandang Kambing, Mengembek', masyarakat India yang beragama Hindu mampu menyesuaikan diri dengan keadaan setempat dan berusaha untuk membina kehidupan yang terbaik untuk keluarga mereka.

Situasi ini menyebabkan mereka tidak berpeluang mendapatkan khidmat pendidikan agama Hindu yang mendalam seperti mana golongan beragama Melayu & Islam mendapat peluang dan sokongan untuk belajar agama mereka di sekolah atau madrasah. Inisiatif masyarakat India yang beragama Hindu untuk terus membimbing generasi untuk mendapat dorongan dan ilmu agama yang berterusan, maka sekolah Tamil dibina atas tempat-tempat tertentu agar budaya, tradisi, kepercayaan, adat istiadat terus terpelihara walaupun telah berhijrah ke Tanah yang berjauhan dari negara asal sepertimana yang di Malaysia dan juga Singapura, Indonesia dan sebagainya. 

Oleh kerana golongan masyarakat India yang majoriti dibawa masuk ke Tanah Malaya ialah dari golongan kurang berpendidikan maka sebahagian dari golongan tersebut mampu menidakkan penindasan atau bermoral dan teguh pendirian. Walaubagaimanapun, kenaifan mereka digunapakai bagi tujuan yang tidak bermoral oleh golongan yang bersifat mementingkan diri sendiri bagi mendominasi atau jadikan golongan buruh ini sebagai orang suruhan bagi memenuhi hasrat mereka demi duit dan pendapatan bagi menyara keluarga. Namun begitu, nilai murni terpahat dalam hati, golongan yang tidak berniat untuk memperoleh kesenangan dengan melakukan kerjaya jenayah sebagai orang suruhan tetap tabah mengharungi kehidupan yang semakin hari semakin mencabar di Tanah Malaya. 

Comments