Penghijrahan dari India ke Tanah Malaya
Ianya selalu menjadi suatu isu sensitif bagi umat beragama Hindu apabila sering di persalahkan kerana disalah tafsir oleh umat yang bukan Hindu mengenai kepercayaan dan adat istiadat penganut Agama Hindu yang jelas menunjukkan pendirian Hinduphobia secara terang-terangan. Perlembagaan Malaysia jelas bahawa; Perkara 11(1): Memberi hak kepada setiap individu untuk menganuti, mengamalkan, dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya. Oleh itu, disini, elemen kebencian, memerli simbol agama Hindu, menggunakan perkataan tanpa mengira sensitiviti penganut agama Hindu adalah tidak wajar dan tidak patut digalakkan oleh mana-mana pihak yang tidak mendalami agama Hindu atau tidak mempelajarinya dari guru yang berkaliber serta mempunyai kepakaran dalam agama Hindu. Ianya logik seperti mana, seorang Ustaz dijadikan pedoman atau pegangan untuk menjelaskan sesuatu perkara dari perspektif agama Islam, seorang Gurudeva, Guruji, Swamiji dijadikan sebagai seorang yang pakar untuk merujuk sek...